Pena Diam - Blog Pekak  
 
Diari Komuniti
Pena Diam
Cetak halaman artikel ini

Bergambar beramai-ramai dengan Charo David.
Syarahan Charo David
Oleh Amir Hamidi
19 Julai 2010

Petang semalam RC Deaf Missions Malaysia (RCDeaf) telah mengadakan program ceramah ilmiah yang bertajuk "Empowering the Deaf through Education" di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya.

Ceramah itu disampaikan oleh pelawat bukan Pekak, Profesor Charo David dari Filipina. Beliau merupakan guru pendidikan khas di Philippine School for the Deaf (PSD) dan pemegang lesen jurubahasa isyarat yang berdaftar dengan Phillipine Registry of Interpreters for the Deaf (PRID).

Disampaikan oleh Agnes Peter.

Penulis mendapati beliau fasih dalam Bahasa Isyarat Amerika (ASL) namun cara pengisyaratan tangan beliau masih dipengaruhi oleh struktur kod tangan berasaskan bahasa Inggeris.

Untuk memudahkan penyampaian syarahan tersebut kepada kira-kira 20 orang peserta, beliau dibantu oleh penterjemah bahasa isyarat (BIM), Agnes Peter yang juga Pengarah RCDeaf.

Syarahan Profesor Charo David banyak berkisar pada pengenalan kepekakan dari segi perubatan dan kebudayaan serta menjadi lebih menarik apabila membincangkan isu-isu dalam sistem pendidikan kanak-kanak Pekak di Filipina.

Untuk meningkatkan lagi kefahaman terhadap syarahan itu, beliau membentangkan beberapa klip video yang menarik termasuk kisah kejayaan dan siaran berita liputan di PSD dan institut pengajian tinggi untuk orang Pekak.

Difahamkan bahawa di negaranya, hanya terdapat satu-satunya sekolah Pekak yang disokong oleh Kerajaan Filipina dan tiada rancangan untuk membina sekolah Pekak yang lain.

Hal ini berbeza dengan negara ini yang mempunyai bilangan sekolah Pekak yang agak banyak dan boleh disamakan dengan keadaan di Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang (FSD) pada tahun 1950-an hingga 1980-an.

Bagaimanapun penulis tidak dapat memanjangkan tulisan ini secara terperinci mengenai kandungan syarahan tersebut. Boleh dikatakan bahawa syarahan beliau telah berjaya mewujudkan rasa minat dan ingin tahu di kalangan peserta Pekak dan ibu bapa.

Seterusnya lebih banyak soalan dikemukakan kepada beliau termasuk isu latihan kejurubahasaan isyarat dan latihan keguruan untuk bakal guru pendidikan khas.

"Syarahan beliau amat berinformasi dan memberi saya pengetahuan baru tentang kajian perbandingan sistem pendidikan khas di benua Asia," kata Sitie Sarah, pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Gelagat peserta sepanjang sesi syarahan.
Komen blog dibangunkan oleh Disqus
Artikel ini menarik? Sila beritahu dunia!
Muka Depan   Pergi ke atas
Pena Diam Budaya Pekak Gebang Kopi
Nota Kembara  
 
 
© 2004-2011 Pena Diam. Hakcipta Terpelihara. Pelawat Hari Ini: 81 | Pelawat Semalam: 93 | Jumlah Pelawat: 216331