Amir Hamidi Online - Deaf Writer
   
 
Silent Pen
Suara baru dari blog Pekak
Oleh Amir Hamidi
21 Julai 2009

Penulis terpanggil untuk memperkenalkan dan mengulas tiga blog Pekak Malaysia yang terpilih pada bulan Julai ini. Blog-blog yang berikut telah membawa kelainan untuk menyuarakan pandangan mengenai isu dan berita warga Pekak.

Mohamad Firdaus (al-firdausi.blogspot.com)

Blog bekas Presiden PADA (Pahang) merupakan laman blog yang baru sahaja ditubuhkan dan bangkit daripada blognya yang tidak lagi aktif di bawah laman web sosial Friendster.

Tulisannya yang awal menceritakan kisah lantikan beliau sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Blognya menjadi lebih hangat apabila beliau turun padang dan berdiskusi secara bersiri tentang isu Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).

Mohd Farhan Kamarzaman (www.farhankamar.com)

Beliau merupakan anak sulung Pekak kepada Presiden MSFD, Kamarzaman Harun dan sedang menuntut di Tingkatan Lima. Beliau pernah mengetuai pasukan media yang membuat liputan di SOPMA ke-16 Kuala Terengganu 2009.

Blog beliau masih dalam proses pembinaan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Artikel yang paling menarik perhatian penulis ialah siaran klip video yang dihasilkan oleh beliau mengenai liputan program Manchester United Asia Tour Asia 2009 di Bukit Jalil.

Nolida (nolidashaazlin.blog.friendster.com)

Kandungan blog beliau mengenai kisah seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Hospital Putrajaya. Beliau merupakan bekas guru dari Sekolah Kanak-kanak Pekak Selangor Kelana Jaya. Penceritaan dalam tulisan beliau mempunyai gaya tersendiri dan mudah difahami bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu Pekak.

Blog Amir Hamidi - Penulis Pekak

FaceBook

PSD

SOPMA

Quick LinksMalaysian Deaf Bloggers

BlogMalaysia.com

Valid XHTML 1.0 Transitional

Today's Visitors: 59
Yesterday's Visitors: 268
Total Visitors: 115925
 
© 2004-2010 Amir Hamidi Online. All Rights Reserved.