|
SPM - N Aghilan mencipta rekod baru?
Oleh Amir Hamidi
15 Mac 2009
N Aghilan - Ikon Pekak Cemerlang N Aghilan merupakan pelajar Pekak berbangsa India yang berjaya memperoleh 12A, satu keputusan yang paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan baru-baru ini.
Sebagai ahli komuniti Pekak, penulis amat berbangga dengan kecemerlangan beliau yang jelas membuktikan bahawa pelajar Pekak boleh berjaya dalam arena akademik.
Boleh dikatakan bahawa beliau telah mencipta rekod baru sebagai pelajar Pekak pertama yang mengutip jumlah gred A yang terbanyak, 12A di Malaysia sejak sistem pensijilan terbuka diperkenalkan dalam SPM pada tahun 2000.
Sebelum sistem terbuka tersebut dilaksanakan, pada setiap tahun ramai pelajar Pekak dilaporkan terkandas dalam SPM yang agak rumit dan amat ketat syaratnya jikalau dibandingkan dengan sistem terbuka hari ini.
Hanya sebilangan kecil pelajar Pekak berjaya mencapai keputusan yang baik sungguhpun tidaklah setanding dengan pencapaian lulusan di bawah sistem terbuka pada hari ini.
Pada ketika itu pelajar yang berjaya memperoleh gred kepujian dalam subjek Bahasa Melayu akan dianggap sebagai pelajar terbaik manakala pelajar yang gagal dalam subjek Bahasa Melayu tetapi cemerlang dalam subjek-subjek lain akan diberikan 'sijil mati' - SAP.
Terdapat pandangan pihak tertentu yang mendakwa sistem SPM pada hari ini lebih mudah untuk lulus bersandarkan fakta jumlah lulusan gred A yang terlalu ramai.
Namun begitu, kebanyakan pelajar Pekak masih ketinggalan dalam perkara ini sedangkan sistem yang sedia ada telah mengalami pembaharuan demi pembaharuan untuk memudahkan lagi usaha pelajar mendapat gred terbaik sebanyak yang mungkin.
Di manakah kesilapan pelajar Pekak kita? Jawapannya barangkali ada pada Aghilan. Hanya beliau sahaja yang mengetahui petua memperoleh kecemerlangan yang seharusnya diamalkan oleh para pelajar Pekak.
Diharapkan agar beliau bersedia menjadi ikon kejayaan Pekak dan seterusnya berkongsi sesuatu yang bernilai untuk kejayaan golongan pelajar Pekak dan warga pendidik.
Harian Metro (13 Mac 2009)
Pelajar pekak peroleh 12A
KAJANG: “Saya tidak pernah anggap dia bukan normal disebabkan kepintarannya dalam pelajaran, malah saya bangga dengan setiap kejayaannya,” kata L Pathmani, 48, ibu pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 kategori orang kurang upaya (OKU).
Pathmani berkata, dia tidak malu mempunyai anak cacat pendengaran seperti N Aghilan, 18, sebaliknya berbangga apabila kecemerlangannya memperoleh 12A berjaya menandingi pelajar normal di seluruh negara.
Katanya, anak bongsu dua beradik itu memang cergas akal sejak kecil meskipun tumbesarannya terganggu berikutan kesukaran mendengar dengan jelas, lebih-lebih lagi sebelum mengenakan alat bantuan mendengar.
“Aghilan memang susah mendengar sejak kecil, malah doktor memberitahu kami supaya mendidiknya dengan baik, teratur dan tidak mencampur adukkan bahasa bagi mengelakkan dia keliru sekali gus sukar memahami percakapan orang.
“Atas sebab itu, kami amalkan penggunaan dua bahasa perantaraan di rumah iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Tamil supaya Aghilan mudah faham,” katanya ketika ditemui selepas menemani anaknya mengambil keputusan SPM di sini semalam.
Sementara itu, Aghilan yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bukit di sini, berkata kejayaannya mendapat 10 1A dan dua 2A adalah berkat bantuan rakan dan guru selain kedua ibu bapanya yang tidak jemu memberi sokongan.
“Walaupun belajar di sekolah normal bukan aliran khas, saya tidak melihatnya penghalang untuk berjaya,” katanya yang turut menerima Anugerah Kecemerlangan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Selangor atas kejayaan memperoleh 8A.
Ditanya rancangan masa depannya, pelajar pintar ini menjelaskan mahu mengejar cita-citanya dengan menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan perisian komputer di institusi pendidikan terbaik sama ada dalam mahupun luar negara.
The Star (13 March 2009)
Top achievers credit hard work and support for results
KUALA LUMPUR: There is no short cut to it. A group of SPM high achievers attributed their success to hard work and lots of support from loved ones.
For hearing-impaired N. Aghilan 17, his 10 1As and two 2As made him the top special student in the country, and also the top student of SMK Jalan Bukit Kajang.
n a phone interview, father M. Narayanan said Aghilan, with 70% loss of hearing, would go through the subject matter days before it was taught in class.
“Despite wearing a hearing aid, he still needed to sit in the front row and teachers had to face him when they spoke so he could read their lips. His friends and teachers were a real help,” said Narayanan.
He said Aghilan hoped to secure a scholarship to study software engineering.
|