Pena Diam Budaya Pekak Gebang Kopi Nota Kembara Dewan Bait
Pena Diam - Blog Pekak
Gebang Kopi » Jalinan Kerabat
Gebang Kopi
Cetak halaman artikel ini
Tahniah, Aziemah pelajar cemerlang SPM 2004
Oleh Amir Hamidi
11 Mac 2005
Aziemah, adik bongsu penulis.

VERSI BAHASA MELAYU

Tahniah yang amat sangat kepada adik bongsu saya, Koji atas kecemerlangan pencapaiannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004.

Koji memperoleh 7A dan muncul sebagai pelajar terbaik di Sek Men Keb Dato' Seri Maharaja Lela yang merupakan salah sebuah sekolah luar bandar di kampung saya iaitu tempat saya belajar sembilan tahun yang lalu sebelum memasuki universiti.

Beliau mendapat 2A1 dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik, 5A2 dalam Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Kimia, Bahasa Inggeris bagi Sains dan Teknologi serta 3B dalam Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan.

Kecemerlangan pencapaian Koji membanggakan keluarga saya dan sekolah tersebut kerana beliau hanya berusia 16 tahun dan mengukir rekod sebagai pelajar cemerlang SPM yang paling muda dalam sejarah sekolahnya. Sewaktu di sekolah rendah (Sek Keb Dato' Sagor, Kg Gajah), beliau lompat darjah Tahun Empat dan terus memasuki darjah Tahun Lima atas faktor kecemerlangan keputusan dalam ujian khas.

Saya berharap kepada para pelajar SMKDSML agar mengikut jejak kejayaan kami serta melakukan yang terbaik dalam SPM tahun ini. Mengikut fakta, saya ialah pelajar SPM terbaik ketiga dalam sekolah yang sama pada tahun 1996 dan membawa saya muncul sebagai pelajar Pekak yang pertama mengambil aliran sains untuk SPM di negeri Perak dan di negara ini.

Penghargaan teristimewa saya tujukan kepada ibu bapa yang tersayang dan adik-beradik yang telah berusaha keras dalam mencurahkan tunjuk ajar dan motivasi. Kepada para guru SMKDSML yang telah memainkan peranan yang menyumbang kepada kejayaan Koji, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Amir Hamidi
11 Mac 2005

 

ENGLISH VERSION

Heartiest congratulations to my younger sister, Koji for her excellent performance in the 2004 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination.

She obtained 7A and named the top student of Dato' Seri Maharaja Lela National Secondary School (SMKDSML) which is a rural school in my village where i studied eight years ago before entering university.

She scored 2 A1s in Bahasa Melayu and Mathematics, 5 A2s in English, History, Islamic Education, Chemistry and English for Science and Technology, and 3 B in Physics, Biology and Additional Mathematics.

Her outstanding achievement has done my family and her school proud because she was just 16 years old and made a record as the youngest best SPM student in her school's history. During her primary school (Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor, Kg Gajah), she had skipped Year Four and went straight to Year Five because of her excellent results in a special test.

I hope more SMKDSML students will follow in our successful footsteps and do as well in the SPM exam this year. In fact, I was the third best SPM student in the same school in 1996, placing me as the first Deaf student who took the science stream for the SPM exam in Perak State and our country.

A special thanks to my dad, mum, brothers and sisters who had worked hard to give her the right guidance and motivation. And all the teachers of the SMKDSML who had played a part in her glory, a big thank you.

Amir Hamidi
11 March 2005

 

Komen blog dibangunkan oleh Disqus
Artikel ini menarik? Sila beritahu dunia!
Muka Depan  Pergi ke atas 
 
 
© 2004-2013 Pena Diam. Hakcipta Terpelihara. Pelawat Hari Ini: 78 | Pelawat Semalam: 83 | Jumlah Pelawat: 343292